Khamis, 9 Februari 2017

Kad Kredit : Gunakan Dengan Bijak

Assalamualaikum.


Adakah korang memiliki atau teringin nak memiliki kad kredit ? Kad kredit ni sering dianggap "bahaya" oleh kebanyakan orang tapi tahukah anda dengan penggunaan yang bijak dan berhemah, kad kredit sangat memudahkan kehidupan kita dan lagi best lagi boleh buat untung dengan konsep other people money (OPM).

Petik sikit kata kata pakar kewangan (saya bukan pakar), kad kredit ni ibarat pisau. Kita pandai pakai, macam macam kita boleh buat. Tapi kalau salah guna, silap silap terpotong tangan sendiri. Tahukah anda, 47% belia (berusia diantara 25 - 34 tahun) terlibat dalam hutang kad kredit yang tinggi. Statistik tahun 2013 pula menunjukkan sebanyak 4.18% kebankrapan disebabkan oleh kad kredit. 4.18% taklah ramai sangat kan tapi mahukah anda berada dalam golongan 4.18% tu? Mintak dijauhkan.

Saya sendiri merupakan pengguna kad kredit tegar dan biasanya saya pakai untuk kegunaan kenderaan sahaja macam petrol, service etc. Kadang kadang guna untuk belanja makan, barang dapur dan macam macam lagi lah. 

Berhutang guna kad kredit ni memanglah perkara yang tak digalakkan. Tapi saya pakai jugak kad kredit ni disebabkan oleh beberapa kelebihan yang kita tak dapat enjoy kalau kita gunakan cash. Antaranya ialah :

1) Ganjaran Mata / Cash Rebate

Nilai ganjaran mata / cash rebate bergantung pada kad kredit bank mana yang kita apply. Contohnya kad kredit Maybank Islamic Petronas Al-Ikhwan Gold menawarkan benefit dalam bentuk cash rebate. Kalau isi minyak di Stesen Petronas pada hari minggu, kita boleh dapat 8 treat point. Kalau isi minyak hari biasa pula dapat la 5 point. Kalau kita shopping kat mana mana groceries shop pun kita layak untuk dapat 5 point dan untuk lain lain pembelian, setiap RM1 yang dibelanjakan akan dapat 1 point.

Sebagai contoh sekiranya anda berbelanja sebanyak RM1,000 sebulan, maknanya jumlah point terkumpul untuk sebulan adalah 1000 point. Point ni pula akan expired dalam masa 3 tahun. Dalam masa 3 tahun, sekiranya anda berbelanja constant RM1,000 sebulan x 12 x 3 = 36000 point. 36000 point tu anda bolehlah tebus apa apa barang / voucher. Ok la tu kan. Dapat jugak la blender sebijik dari tak dapat apa. 

Cash rebate purata kebanyakan bank menawarkan sehingga 2% bergantung pada terma dan syarat bank tu lah. Yang ni saya tak berapa mahir sangat sebab tak pernah pakai yang ada cash rebate. Untuk next kad kredit mungkin akan amik benefit jenis cash rebate pulak.

2) 20 Hari Bebas Faedah

Tahukah anda dengan menggunakan kad kredit, anda boleh berhutang dengan bank selama 20 hari tanpa dikenakan apa apa faedah. Banyak kelebihan kat sini untuk orang orang yang meniaga. Sebabnya, anda tak perlu keluarkan modal pun untuk berniaga. Customer anda order produk dan bayar deposit. Anda pula tinggal order saja dengan supplier dan bayar dengan kredit kad tanpa perlu keluarkan cash sendiri. Hebat kan? Inilah yang dipanggil Other's People Money (OPM). 

Tapi ingat, lebih 20 hari kalau tak bayar, bank akan kenakan interest yang sangat tinggi iaitu sekitar 18% p.a.

3) 0% Interest Installment 

Dalam banyak banyak benefit kad kredit, ini yang paling saya suka. Sekiranya saya mempunyai tunai dalam tangan sebanyak RM3,099 untuk membeli sebiji Samsung S7 Edge, saya akan simpan RM3,099 tu dalam akaun Tabung Haji saya dan gunakan kad kredit dengan pakej 0% interest installment selama setahun. untuk pembelian Samsung S7 Edge. Duit dapat simpan, samsung dapat dan tak perlu bayar lebih pun. Apapun ianya bergntung pada cara pengguna tu sendiri. Ada yang tak suka hutang dia akan bayar cash je. Kalau pakai teknik ni, saya dapat 3099 point, free interest SATU TAHUN dan RM3,099 saya tadi tu akan beranakkan lagi duit dalam akaun Tabung Haji.

4) Rekod CCRIS

Untuk meluluskan pinjaman seseorang individu, bank akan tengok rekod CCRIS individu itu dulu. Perlu diingat, adalah susah untuk bank luluskan pinjaman kalau seseorang tu TAK PERNAH berhutang lansung dengan bank. Kenapa? Sebab bank tak tahu "perangai" bakal peminjam tu dalam cara pembayaran hutang dia. So, rekod CCRIS yang cantik juga merupakan faktor penting dalam kelayakan seseorang itu untuk lulus pinjaman daripada pihak bank. Macam mana nak buat rekod CCRIS? Applylah kad kredit. Buatlah belanja minyak bulan bulan dan bila dah cukup masa, langsaikan terus. 

Itulah antara kelebihan kredit kad yang kita dapat jika dibandingkan dengan wang tunai. Apapun yang penting sekali berhemahlah dalam berbelanja. Beli apa yang perlu sahaja dan janganlah mengikut nafsu. Inshaallah kalau ada masa next entry saya akan share bahana penggunaan kad kredit tanpa kawalan.

Dah ready tak nak apply kredit kad? Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan