Isnin, 6 Februari 2017

Struktur Semula Pinjaman PTPTN Anda

Assalamualaikum.


Kepada lepasan graduan yang dah mula kerja tu. Nak tanya sikit. Adakah anda telah mula membayar kembali pinjaman PTPTN anda? Pastikan bayar ya demi menjamin kesinambungan pembiayaan untuk generasi akan datang. Kegagalan anda membuat kembali bayaran boleh menyebabkan nama anda disenarai hitam oleh imegresen. Lebih teruk lagi nama anda akan masuk list CCRIS. Susah lepas ni kalau nak apply loan rumah, loan kereta, loan peribadi dan sebagainya. Entry kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya membuat penstrukturan semula pembiayaan dengan pihak PTPTN.



Hutang wajib bayar ye

Untuk membuat penstrukturan semula pinjaman PTPTN ni takda la susah mana. Cuma sedikit leceh, ambil sedikit masa dan perlu banyak bersabar lebih lebih lagi kalau deal dengan pegawai executive pemasaran PTPTN yang muda muda ni ha. Penstrukturan semula ni penting ye untuk mereka mereka yang dah ada tunggakan. Kalau korang ada tunggakan dan tak buat penstrukturan semula, yang korang bayar tiap tiap bulan tu cuma tunggakan saja tau. Sebab tu tunggakan korang naik tiap tiap bulan.(Kalau salah tolong betulkan)

Kat bawah ni step macam mana nak buat penstrukturan semula PTPTN

1. Selesaikan Tunggakan Pinjaman
Suka atau tak, korang kena pergi jugak kat mana mana cawangan PTPTN. Korang boleh semak baki tunggakan pinjaman dengan eksekutif bertugas dan bincang macam mana korang nak selesaikan jumlah tunggakan. Korang akan deal dengan pegawai yang sama sampai penstrukturan korang selesai. Kalau mampu selesaikan sebahagian atau seluruh jumlah tunggakan, selesaikan terus dengan PTPTN. 

Kalau tak mampu macam saya, boleh gunakan akaun 2 KWSP untuk selesaikan sebahagian atau sepenuhnya jumlah tunggakan korang. Macam kes saya, tunggakan saya ada RM8k. Saya cuma mampu bayar RM2k melalui akaun 2 KWSP. Pun boleh juga. Baki tunggakan tu dia akan campurkan dengan total hutang korang dan akan struktur semula keseluruhan jumlah pinjaman. 

Untuk bayaran balik tunggakan melalui akaun 2 KWSP, PTPTN akan keluarkan satu surat untuk korang tunjuk kat akak KWSP masa isi borang nak keluarkan duit nanti.

2. Isi Borang Pengeluaran Akaun 2 Di KWSP
Ni part yang agak leceh bagi korang yang nak bayar tunggakan melalui pemotongan akaun 2 KWSP. Korang kena pergi ke pejabat KWSP dan isi borang pengeluaran akaun 2 untuk bayaran balik pendidikan. Surat PTPTN bagi tu bawak sekali untuk diorang refer. 

KWSP akan keluarkan cek dan bayar terus kepada PTPTN. Proses ni akan ambil masa 20 hari waktu bekerja. Once dah lulus, KWSP akan sms anda yang mengatakan transaksi telah lulus.

3. Hubungi Pegawai Eksekutif Pemasaran
Hubungi pegawai yang uruskan penstrukturan korang 30 hari selepas korang isi borang kat KWSP. Tanya diorang apa status bayaran tunggakan korang. Once dah approve, pegawai bertugas akan buat penstrukturan untuk korang.Terpulanglah nak tarik 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Bincanglah dengan pegawai tu. Bila dah selesai penstrukturan tu biasanya pegawai akan emailkan surat perjanjian penstrukturan yang baru pada korang.

Korang kena print dan beli setem hasil RM10. Kalau ada satu perjanjian (Degree), kena print 2 set + 2 keping setem hasil. Kalau 2 perjanjian (Diploma + Degree) kena print 2 set + 2 keping setem hasil untuk setiap perjanjian dan seterusnya. Saksi pulak kena kakitangan kerajaan. Kalau takde staf PTPTN sendiri boleh jadi saksi.

4. Hantar Surat Perjanjian Penstrukturan Di Cawangan PTPTN
Dah print + tampal setem hasil siap complete tandatangan saksi semua, bolehlah korang hantar perjanjian baru tu kat mana mana cawangan PTPTN. Korang pun bolehlah mula membayar hutang tanpa perlu risau lagi pasal tunggakan.

Senang je kan. Cuma leceh sikit la.

Semoga bermanfaat.

5 ulasan:

  1. lepas buat penstrukturan. berapa kena byr bulan?

    BalasPadam
  2. nak tanya, lepas buat penstrukturan semula ni.. dia effect ke nnt nak buat loan rumah?
    tq

    BalasPadam
  3. tumpang tanya, selain surat dari PTPTN. apa dokumen lain yang kwsp minta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy buat haritu dia minta bawa surat ptptn, transkrip dip/degree dan scroll dip/degree..

      Padam
  4. Nak tanya, kalau kita buat restructure semula, setem hasil tu kena matikan sekali ke? Or just hantar je borang tu dekat kaunter ptptn?

    BalasPadam