December 03, 2019

Tips : Proses Permohonan Visa Bekerja di Arab Saudi

Sekiranya anda terjumpa artikel ini, saya ucapkan tahniah dan selamat datang ke Arab Saudi. Proses permohonan visa bekerja mungkin sedikit berbeza mengikut individu tetapi perkaranya asasnya adalah sama seperti yang saya akan kongsikan dalam perenggan yang berikutnya. 

1. Kontrak Asli / Orignal
Sekiranya berjaya dalam temuduga, kontrak original akan dihantar terus kepada anda melalui pos. Kontrak ini penting dan perlu disertakan sekali untuk permohonan Visa Bekerja.

2. Letter Good of Conduct / Surat Berkelakuan Baik
Letter good of conduct menyatakan bahawasanya anda adalah seorang warganegara yang baik, tidak ada kes kes jenayah atau mahkamah. Boleh mohon sendiri di Wisma Putra atau boleh juga minta agen uruskan. 

3. Medical Checkup
Ini adalah perkara paling utama. Pastikan keputusan medical checkup anda adalah "fit to work". Jika tidak permohonan Visa Bekerja anda berkemungkinan akan ditolak. Terdapat dua pusat kesihatan setakat pengetahuan saya yang diiktiraf oleh Kerajaan Arab Saudi : BP Lab dan KPJ Healthcare. 

4. Sijil / Diploma / Degree / Master / PhD
Bergantung kepada jenis pekerjaan anda. Sebagai contoh, sekiranya perkerjaan sebagai jurutera tapi kelayakan akademik adalah Degree Sains Sukan, kemungkinan working visa akan ditolak. Maka pastikan pastikan pekerjaan anda setara dengan kelayakan anda. Pastikan juga sijil / degree / master / phd anda adalah authentic dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

5. Passport
Pastikan passport masih sah untuk tempoh 6 bulan sebelum berlepas. Buat terus yang baru lebih elok sekiranya tempoh luput dah makin hampir. 

Selesai 5 perkara ni, anda boleh wakilkan agen untuk hantar semua dokumen yang disebutkan tadi di Kedutaan Arab Saudi untuk proses pengeluaran Visa Bekerja. Untuk pengetahuan, hanya agen sahaja yang dibenarkan berurusan di kedutaan Arab Saudi. 

Sekiranya anda memerlukan khidmat agen boleh dapatkan khidmat daripada Firestar Services. Google sahaja dan anda akan jumpa inshaallah. 

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment