January 05, 2020

Tips : Persediaan Sebelum Berkerja di Luar Negara

Untuk posting kali ini suka untuk saya senaraikan beberapa perkara penting yang harus dilakukan sebelum kita berhijrah ke negara lain untuk mengelakkan masalah yang mungkin boleh berlaku semasa ketiadaan kita di tanah air.

1. Rancang Kewangan
Bulan pertama berhijrah adalah tempoh survival kerana dalam tempoh ni kita terpaksa keluarkan duit belanja dari poket sendiri terlebih dahulu untuk makanan, komunikasi, pengangkutan, hiburan dan sebagainya. Pastikan kita ada cukup duit untuk berbelanja sebelum menerima gaji yang pertama. 

2. Advance Payment Pinjaman Bank
Sebelum berhijrah, pastikan sekurang kurangnya kita dah ada sebulan advance payment untuk semua pinjaman kita. Tak perlu pening kepala memikirkan hutang yang nak dibayar sekiranya ada masalah dengan bayaran gaji pertama.

3. Aktifkan Kad Kredit
Kad kredit sangat membantu. Aktifkan kad kredit untuk kegunaan ketika di luar negara. Sekiranya berlaku kecemasan, boleh bergantung harap pada kad kredit. 

4. Jangan Pegang Tunai Terlalu Banyak
Sebaiknya jangan pegang tunai terlalu banyak dalam tangan kerana dikhuatiri hilang. Cukup sekadar keluarkan apa yang kita rasa perlu sahaja. Sekiranya terpaksa gunakan duit yang banyak juga, boleh gunakan debit / kredit kad. Kadar tukaran currency melalui kad biasanya lebih rendah jika dibandingkan dengan money changer.

Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment