February 11, 2022

Tips : Umrah DIY dengan Visa Pelancong Arab Saudi

Menunaikan ibadah umrah adalah antara impian umat islam untuk mendekatkan lagi diri kepada yang maha mencipta. Dalam artikel ini saya akan berkongsi seringkas dan sepadat mungkin bagaimana cara untuk anda melakukan ibadah umrah secara DIY tanpa perlu melalui travel agent atau pakej umrah. 

Rakyat Malaysia masih lagi perlu memohon visa ketika berkunjung ke Arab Saudi. Sekiranya sebelum ini jemaah perlu memohon visa umrah, kini jemaah daripada Malaysia boleh memohon visa pelancong untuk menunaikan ibadah umrah. Permohonan boleh dibuat secara online dan tempoh kelulusan pula adalah segera.

Perlu diingatkan, visa pelancong sah untuk digunakan dalam tempoh satu tahun sahaja dan tempoh maksimum untuk tinggal di dalam negara Arab Saudi adalah selama 30 hari sahaja. 

Cara cara untuk memohon visa pelancong secara online :

1. Daftar di website


Pastikan email yang digunakan adalah email yang sah.

2. Daftar Individu
  • Terdapat dua pilihan : "apply for individual" dan "apply for group".
  • Sekiranya lebih dari seorang, boleh pilih "apply for group". Prosesnya sama dengan "apply for individual".
  • Isi maklumat yang diperlukan.
  • Pastikan anda mempunyai tempat menginap ketika di Arab Saudi. Boleh google mana mana hotel yang anda akan tinggal ketika berada di Arab Saudi. 
  • Setelah lengkap, lakukan pembayaran. Harga untuk tourist visa termasuk insurans adalah SAR376 seorang.

Lengkapkan maklumat dan buat pembayaran


3. Download Visa & Slip Insurance
  • Kebiasaannya tempoh kelulusan permohonan adalah segera sekiranya tiada apa apa isu.
  • Scroll down. Pada bahagian previous application klik individuals / group untuk melihat status permohonan.
  • Sekiranya berjaya, klik ikon "download visa" dan "download insurans". Print dan simpan sebagai hardcopy untuk rujukan sekiranya diperlukan.
Status permohonan berjaya. Klik ikon untuk muat turun visa dan insurans


Tahniah! Sekarang korang dah boleh melancong ke Arab Saudi sambil melakukan ibadah umrah. Tetapi suka untuk saya ingatkan: 
  • Sekiranya anda ingin melakukan ibadah umrah, anda perlu rancang tempat bermiqat anda terlebih dahulu. Perlu tahu nak landing kat bandar mana satu supaya tak terlalu jauh dari miqat point. 
  • Perlu tahu cara melakukan ibadah umrah. Tak ada ustaz yang akan bimbing anda sebab umrah anda DIY.
  • Kos pengangkutan, penginapan dan lain lain kos.
  • Communication barrier: Kebanyakan orang Saudi tak mahir cakap bahasa inggeris.

Semoga bermanfaat. 







No comments:

Post a Comment