March 25, 2023

Mukaab : Bangunan Kiub Gergasi Yang Bakal di Bina di Arab Saudi

Arab Saudi di dalam misi menjadi negara maju menjelang 2030. Di dalam misi Saudi Vision 2030, Arab Saudi ingin mengurangkan kebergantungan ekonomi dalam sektor minyak dan gas dengan merancang untuk mempelbagaikan sumber pendapatan ekonomi daripada sektor pembangunan awam, kesihatan, pendidikan, infrastruktur, rekreasi dan juga pelancongan.

Projek mega Mukaab adalah satu lagi visi terbaharu daripada Kerajaan Arab Saudi didalam merealisasikan cita cita negara timur tengah itu untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2030.



Bangunan berbentuk kiub ini bakal mampunyai ketinggian 400 meter, berkeluasaan hampir 25 juta kilometer persegi dan juga bakal menampung 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel, 980,000 meter persegi ruang perniagaan, 1.4 juta meter persegi ruang pejabat, 620,000 meter persegi ruangan santai dan 1.8juta meter persegi untuk ruangan fasiliti komuniti. Bangunan ini juga bakal mempunyai sistem pengankutan kendiri disebabkan saiznya yang terlalu besar. 

Untuk perbandingan, sebanyak 20 bangunan Empire State mampu dimasukkan di dalam kiub gergasi ini. Bakal dibangunkan di Ibu Kota Riyadh dan juga akan menempatkan muzium, lebih daripada 80 pusat hiburan dan kebudayaan dan juga universiti. 

Sejak kebelakangan ini Kerajaan Arab Saudi dilihat semakin aktif didalam pelaburan dan pembangunan infrastruktur. Sama sama kita nantikan perkembangan projek mega ini. 


No comments:

Post a Comment